Biodata Johan Ghazali (Jojo) Atlet Muay Thai Malaysia
Biodata Johan Ghazali (Jojo) Atlet Muay Thai Malaysia|SIAPAKAH sebenarnya atlet Muay Thai Malaysia ini yang dikenali sebagai Johan Ghazali? Jojo atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang masih berusia 16 tahun mula disebut orang ramai apabila dia berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM472,749). Berikut dikongsikan Biodata Johan Ghazali Aka Jojo Atlet Muay Thai Malaysia buat rujukan anda.
Sedia maklum, kejayaan petinju muda berdarah campuran Malaysia - Amerika Syarikat (AS) itu diraih selepas dia menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36 di Bangkok, Thailand. Johan Ghazali sebelum ini pernah menggemparkan seluruh sukan muaythai apabila dirinya berjaya menumpaskan lawan dengan KO dalam masa 16 saat sahaja. Kini, Jojo mempunyai rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya bersama kejohanan tersebut. Selain Bekmurzaev, lawan lain yang pernah ditumbangkan sebelum ini adalah Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex yang kesemuanya berasal dari Thailand.
Biodata Johan Ghazali (Jojo) Atlet Muay Thai Malaysia
🥊WIN (Knockout) - R2 (2:43)
- Temirlan Bekmurzaev (Russia) (ONE Friday Fights 36)
🥊WIN (Unanimous Decision) - R3 (3:00)
- Samurai Seeopal (Thailand) (ONE Friday Fights 25)
🥊WIN (Knockout) - R3 (1:37)
- Tai Sor Jor Piek Uthai (Thailand) (ONE Friday Fights 18)
🥊WIN (Knockout) - R1 (0:16)
- Padetsuk Fairtex (Thailand) (ONE Friday Fights 6)
Post a Comment