Alasan Kenapa Syazwan Zainon Digelar 'Wan Karpet' Terjawab

Alasan Kenapa Syazwan Zainon Digelar 'Wan Karpet' Terjawab|TIADA siapa sangka nama Wan Karpet mampu 'meletup' di persada bola sepak tanah air hanya selepas kali pertama menyertai skuad Harimau Malaysia di Piala AFF Suzuki 2016.

Alasan Kenapa Syazwan Zainon Digelar 'Wan Karpet' Terjawab

Apa tidaknya, nama Wan Karpet atau Syazwan Zainon yang sebelum ini kurang dikenali secara tiba-tiba bermain di mulut peminat bola sepak tempatan hanya selepas meledak gol antarabangsa pertama ketika berdepan Kemboja pada perlawanan pertama Kumpulan B, Ahad lalu.

Ketika ditemu bual BH Sukan, pemain sayap berusia 27 tahun itu tanpa berselindung menjelaskan betapa dia tidak pernah menjadi penjual karpet untuk mendapatkan gelaran itu, sebaliknya ia diberikan kerana gaya rambutnya yang kerinting dan lembut seperti karpet.

Alasan Kenapa Syazwan Zainon Digelar 'Wan Karpet' Terjawab

"Benda ini (gelaran Wan Karpet) asalnya dari zaman sekolah menengah lagi ketika saya mula memasuki tingkatan satu (di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Perlis).

"Mungkin sebab rambut saya yang kerinting dan lembut macam karpet dan sejak dari itu ia (gelaran) melekat sampai sekarang. Saya tiada masalah asalkan semua orang gembira," katanya yang sudah tiga kali tampil bersama Harimau Malaysia.

Bukan saja gelarannya, nama anak jati Utan Aji, Perlis itu terus mendapat perhatian ramai selepas video dia bercakap dalam bahasa Inggeris ketika ditemubual wartawan asing Ahad lalu turut menjadi viral di media sosial.

Alasan Kenapa Syazwan Zainon Digelar 'Wan Karpet' Terjawab

Walaupun bahasa Inggerisnya sedikit berterabur, namun video itu mendapat pujian dari netizen atas keberanian dan keyakinan tinggi dimiliki Wan Karpet.

"Berkenaan video baru-baru ini saya tidak tahu kerana ia berlaku secara spontan. Saya pun tidak jangka akan cakap macam itu (berbahasa Inggeris).

"Pada awalnya ada penterjemah bahasa, tapi bila tengok dia tiada dekat belakang, saya main cakap saja. Saya hanya mencuba, sebab kalau tidak cuba sampai bila kita tidak berjaya.

"Ramai yang mendorong saya untuk mendapatkan keyakinan diri termasuk jurulatih, pengurusan dan pemain dari Kedah serta skuad kebangsaan," katanya.

SUMBER: BH

No comments

Powered by Blogger.